Hari Malaysia

Hari Malaysia
هاري مليسيا
Official nameHari Malaysia
Also calledMalaysia
Observed byRakyat Malaysia
Typekebangsaan
SignificanceTanda simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutuan Malaysia
Date16 September 1963 (1963-09-16)
Related toHari Kebangsaan, Hari Sarawak & Hari Sabah.
Akta Malaysia 1963 (dokumen)
Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia dengan tarikh yang sama sejak tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama tanah Melayu (Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk sebuah persekutuan baharu yang di namakan Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 16 September 1963, Ini berikutan beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan malaysia, Yang telah menyebabkan pengisytiharan malaysia di tabgguhkan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]

Hari Malaysia merupakan cuti am Sarawak juga menjadi cuti am di Sabah sempena harI keputeraan yang di pertua Sabah, Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,[2] namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di seluruh negeri di Malaysia.[3]


Developed by StudentB